^^ Selamat Datang ^^

Wednesday, 14 August 2013

☾ Bulan ☾

Assalamualaikum..
emm,hari ni merupakan hari raya yang ke-tujuh. Alhamdulillah, selesai sudah program konvoi bersama keluarga menziarahi rumah saudara mara. tahun ni, tak dapat nak konvoi dengan kengkawan memandangkan kiteorg akan menghadapi Percubaan SPM sebaik saja naik cuti raya ni. hurrmm ☹ tak dapat nak beraya sakan lah.(ㄒoㄒ)
emm semalam kak taiyeba buat rumah terbuka. at first macam tak boleh pergi sebab malam kan. tpi alhamdulillah, tanpa banyak persoalan drpd ibu. ibu kasi. yeay!٩(^‿^)۶ pergi rumah syaznee dulu petang tuh, then dri sana pergi sesama dengan syaznee. mama dia hantar. it was an enjoyable night. walaupun tak semua geng The Wanted ade, tpi kami masih lagi boleh berseronok.
emm tengah tengah duduk tuh kan, aku ternampak lah bulan sabit ☾ ,
and i was like "cantiknya bulan tuh ☺ " tetibe , kak sab menyampuk "kalau tengok dekat dekat, tak cantik pun sebenarnye."
well you know what, sebab tuh lah bulan tuh diciptakan untuk dilihat dari jauh, bukannya dari dekat. supaya kita akan terus memuji ciptaan Allah yang satu tuh. cuba kalau kita dapat tengok dari dekat, dan ianya tidaklah secantik jika kita tengok dri jauh, sudah pasti kita tidak memujinya lagi. ☻ keadaannya sama seperti manusia. kita mesti pernah jumpa seseorang yang sangat cantik/kacak/comel kan ? dan semestinya terlintas dalam hati kita untuk mengenalinya dengan lebih dekat. betul tak ? emm setelah cuba dan mencuba, Allah tidak mengizinkannya. kita hanya boleh melihat beliau dari jauh sahaja.jadi, jangan lah bersedih. Mungkin beliau juga diciptakan untuk kita lihat dari jauh sahaje. mungkin juga peribadinya tidak seindah yang kita sangkakan. kadang kadang lebih baik untuk tidak mengetahui sesuatu tu bagi menjaga hubungan baik sesama manusia. Berbeza pula dengan satu lagi keadaan di mana kita dipertemukan dengan seseorang yang tidak berapa cantik/kacak/comel. Tetapi tanpa disengajakan kita telah mengenalinya. Semakin hari, semakin rapat. dan ketika itu, kita sedar peribadinya lebih indah dari paras rupanyanya. haaa nampak tak permainannya? hahaha it's not a game. thats why, there was an indiom said "Dont judge a book by its cover" it's proved man !
emm i believe that , There were always be something behind every little things. ツ

Friday, 5 July 2013

28 Jun 2013

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
lamanya aku tak tulis. dah bersawang k. *ayat clishe* hahaha. well, lets start from my birthday.
28.Jun.2013 Jumaat, emm aku tak tau kenapa aku excited gile untuk birthday aku tahun ni. selama ni aku tak pernah kesah pun. hahah maybe nak 17 tahun lah katekan. pagi tuh, aku bangun dengan satu semangat yang baru. jyeah! pagi bangun macam biasa, siap siap pakai baju and i walk to the refrigerator. emm nak amek kitkat ade orang bagi aku khamis malam tuh. tpi, emm emm kit kat tuh dah takde, aku pergi depan tengok plastik kitkat yang dah kosong. you know what, my tears come out at the morning of my birthday.ibu marah aku sebab aku tak sorokan kitkat tuh. sedih beb. aku tak sangka pula yang piya dah pandai bukak peti ais pepagi. the saddest moment is, ibu tak ingat hari tu birthday aku. ='( . sepanjang perjalanan nak ke sekolah tuh, aku nangis dalam kereta. i can't stand it.sampai sekolah, aku tahan sebak aku. everyone tanye "kenapa nangis" . aku kalau tengah tahan nangis jangan lah ditegur terus keluar. tapi aku tak ckap pape pun. dalam hati *mana syaznee ni, lambatnya datang* habis perhimpunan aku ke belakang barisan cari syaznee. nampak je syaznee i was like "Syaznee jom pergi tandas!". kiteorg duduk depan tandas kot. bercerita tentang apa yang aku rasa. aku keluarkan semua yang aku rasa. ='( lepas dah cerita, fuhh lega gila kot! then, kak sab kak nina kak taiyeba datang. kak sab buat lawak. hahah lupe aku tentang problem aku tuh. then, lepak ah kat koperasi sementara tunggu ibu (act, sekolah buat open day) then, tetibe tira panggil syaznee cakap ada orang nak jumpe. secara sekelip mata syaznee menghilang. aku pun "mana syaznee, mana syaznee." takde siapa jawab. aku pun layan si Aqil.then aku keluar koperasi sekejap, i saw JIHA ! jiha dengan syaznee bawa kek, mase dieorg nampak aku, betapa mereka mencuba menyembunyikan kek yang aku dah nampak tuh. hahahaha.aku terus lari masuk koperasi. tak lam selepas tuh, ade org nyayi "Happy Birthday To You" sambil bawa kek masuk dalam koperasi. and I was like "ahh malunyeee... *tutup muke*" hahah. kiteorg tak boleh bawa masuk org luar dalm koperasi, so, kiteorg bawa kek tuh pergi kelas emir. tetibe jam tuh lah ibu ayah datang. tengah tunggu turn, ibu keluarkan kitkat "nah amik ni, Selamat Hari Jadi, ibu lupa hari ni 28 haribulan. 4 kedai ibu cari kitkat ni." ahh, terharu =').lepas dah amik result, aku ckap aku balik lambat. dah settle, mama syaznee pula datang. argghh dari pukul 9.30 sampai 11 kot. barulah everything settle. semua naik atas and makan kek. tengah makan makan tuh, kak sab agaknya boring kot dengan ke-krik krik-an susana. di start selet krim dekat pipi aku. emir dah "ohhk, ini menyeramkan *lari*" pastu bermulalah perang baling baling krim. kak sab kejar emir, syaznee kejar aqil. hahaha seriusly lawak abis. aku dengan jiha duduk je diam diam makan kek sambil menyaksikan aksi kejar mengejar. syaznee kena baling setepek kat muka kot! Aqil punya kerja. suasana dah tenang sikit, kak taiyeba datang. tpi waktu tuh aku dah nak balik. tapi sempatlah juga kene suap. ahh. then, jiha bagi aku chocolate. balik rumah, tersengeh sengih. haha that was the BEST EVER BIRTHDAY that I ever had.thanks guys
Syaznee, Jiha,Wawa, Kak Sab, Kak nina, Kak Taiyeba, Emir, Aqil, Eqbal, Fikry. =') sayang korang semua.

Friday, 12 April 2013

Oh Darling_Plug in Stereo ft Cady Groves

You seem quite nice for a girl with good looks
And I’m the kinda fellow that’ll make you feel better when your life gets shook
So give it a chance according to your plans
I bet I'm not number one on your list to kiss, but please understand
You seem quite shy, but you’re oh so cute
And I’m the kind of girl that would love to be yours if you'd asked me to
So just take a chance, try to hold my hand
I swear I’d never let go
Just let me know if you’d be my man
I really want to come out and tell you Oh darling, I love you so
If you’d ask me for my heart, there’s no way that I’ll say no
Oh darling, just take a chance please
So we can stay together till hell starts to freeze
You seem quite right for a boy like me
And I wanna know would you treat me well
Would you treat me like a queen
Cause I’d like to show you and make you see
That although we’re different types We were meant to be
I really want to come out and tell you Oh darling, I love you so
If you’d ask me for my heart, there’s no way that Ill say no
Oh darling, just take a chance please
So we can stay together till hell starts to freeze
So I gotta ask you, I cant be afraid
I gotta take a chance at love So what do you say
Oh darling, I love you so
If you’d ask me for my heart, there’s no way that Ill say no
Oh darling, just take a chance please
So we can stay together till hell starts to freeze
(repeat 1x)

Friday, 18 January 2013

kenali diri anda melalui tarikh lahir

assalamualaikum kawan2.. hah, hari ni nak share pasal motivasi siket lah..
KENALI DIRI ANDA DAN PASANGAN ANDA MELALUI TARIKH HARI LAHIR ANDA:
1. Kalau anda dilahirkan pada 1,10,19,28 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.1
2. Kalau anda dilahirkan pada 2,11,20,29 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.2
3. Kalau anda dilahirkan pada 3,12,21,30 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.3
4. Kalau anda dilahirkan pada 4,13,22,31 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.4
5. kalau anda dilahirkan pada 5,14,23 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.5
6. Kalau anda dilahirkan pada 6,15,24 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.6
7. Kalau anda dilahirkan pada 7,16,25 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.7
8. Kalau anda dilahirkan pada 8,17,26 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.8
9. Kalau anda dilahirkan pada 9,18,27 dalam mana-mana bulan, anda adalah NO.9
NO.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan, dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin dalam usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat berbelanja. Pada masa hadapan anda adalah Profesional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah NO. 4, 6, 8...
NO.2
Tak kira apa pun anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan bulan dan semua orang sukakan bulan. Ermm...bagus! Anda suka bermimpi di siang hari. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi anda perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi anda mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar, jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang ke-2 kerana cintakan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah NO. 2, 5, 9...
NO.3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama, dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat bijak bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana sahaja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada lahir, anda perlu bekerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada dari segi percintaan, kekeluargaan dan persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah NO. 6, 9...
NO.4
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada diri anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga dan kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda perlu berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhkan diri daripada anda apabila anda sudah tiada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah NO. 1, 8...
NO.5
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalankan perniagaan. Namun, anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor dikalangan kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan meminta bantuan daripada anda apabila mereka memerlukannya. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai cita-cita seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah NO. 1, 2, 9...
NO.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda sahaja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tetapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua sebab yang baik akan datang kepada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil dan saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah NO. 1, 3, 9...
NO.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa sahaja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagiaan sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah NO. 2...
NO.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat, jadi tiada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menunding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda seorang yang lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak berputus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah NO. 1, 4...
NO.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah seorang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda lakukan. Pada usia yang muda, anda selalu bertentangan pendapat dengan ibu bapa anda. Tetapi apabila usia anda telah semakin meningkat, anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasang ideal anda adalah NO. 3, 5, 6...
hah, dah tgk? korang dlm kategori mane? ape2 hal pon, renung2 kan lah dan selamat beramal.. :)

Followers