Satu perkara yang nampak mudah dan apabila berlakunya sesuatu mudah sekali untuk diluahkan.
“move on babe, move on lah weyh, dah move on cepat”
Kau ingat senang ke nak move on? Kau ingat move tu macam satu situasi yang kau suka gila baca satu buku tu sampai habis and then tutup buku dan move on, macam tu? Even kau dah tutup buku pun kau akan rasa “weyh best gila baca buku tu, kau nak tau tak blab la bla”
Buku pun kau sayang, suka, apatah lagi manusia yang dahulunya pernah datang dengan harapan dan pergi bagai angin lalu. Cewahh..
Tips utk move on?
Sebelum tu, kau kena tanya betul betul pada diri kau betul ke kau nak move on? boleh tak boleh belakang cerita, sekarang kau nak ke tak nak?
Okay, kalau nak…
1.DELETE semua gambar dia yang ada dalam phone kau .
Buang semunyanya, termasuk gambar mak dia ke adik dia ke semua lah. Nombor dia pun buang!
Buang tanpa rasa apa apa . jangan sikit pun kau rasa “mungkin nanti kite boleh baik semula, boleh #tb ”. JANGAN. Dan kalaupun nanti kau baik semula, ambil lah gambar banyak mana pun tpi tu pun kalau baik semula lah kan.....kalau...
2.Next, unfollow atau block terus segala social network
Ni satu lagi sebab kenapa susah sangat orang nak move on. konon nak tengok lah perkembangan dia atau satu lagi yang korang anggap betul tpi sebenarnya salah iaitu,korang nak dia tengok kebahagiaan korang tanpa dia. NOPE. Kalau korang rasa macam ni, korang salah. Buatnya korang pula yang sakit hati tgk perkembangan dia yang dah jumpa pengganti korang ke. No way man! Tak rasa apa apa? Tipu lah. Mungkin korang boleh rasa perasaan "tak rasa apa apa" , tapi... tapi... tu pun selepas korang dah betul betul move on. Buat masa yg ‘belum move on lagi’, UNFOLLOW/BLOCK.
3.Stop wish birthday / anniversary di laman social
Korang mungkin tak tag si dia tapi… tapi….. tapi bila korang buat macam tu bermakna ade lagi dalam hati korang yang masih mengharapkan dia walaupun sedikit. No, kita taknak tu. Tarikh tarikh tu memang lah takkan luput dalam ingatan sebab mase syok bercinta dulu tiap tiap tahun kan wish and tiba tiba jatuh pada tahun seterusnya, tak wish, mesti feeling macam something wrong somewhere kan? Hahaha
Okay next,apa nak buat kalau dia wish kita dulu ? alamak! alamak macam mana ni?
I can’t deny that jari jemari korang akan laju je menaip dengan tujuan untuk membalas kan?
I know it’s hard to resist but it will be getting harder if you start replying. Hold my word.
Bila korang start balas, and dia balas, and kita balas, dia balas dan kemudian senyap … tiba tiba kedengaran bunyi ombak menghempas pantai.
See ?! Si dia start ignoring you back di saat hati korang dah start tumbuh bunga bunga tiba tiba layu and you need to start all over again in the process of moving on? It feels like “hey don’t make me holding on any longer so that I can start moving on.”
Its normal bila in the middle of the hardship, at first rasa macam dah cukup motivated nak lupakan dia, tak nak ingat lagi tapi tiba tiba kelemahan korang datang meniup lembut ke mata dan jatuh terus ke pipi. ITS NORMAL. What you need to do is,
put yourself together and keep moving. Lama kelamaan percaya lah kau akan rasa yang diri kau cukup berharga dan kau tak layak utk diperkatakan dan diperlakukan sebegitu. You know you worth! You will start to put your own standard. Tpi apa pun berpada, ukur lah baju di badan sendiri. Bila tiba masanya, saat yang sesuai, buka lah hati kau utk menerima seseorg yang kau rase layak untuk jaga kau seumur hidup kau.
No comments:
Post a Comment